Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bomba selamatkan 12 mangsa banjir di SK Kuala Apas, Tawau

Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau berjaya menyelamatkan 12 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 1.20 petang selepas jarak perjalanan sejauh kira-kira 32 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mengesahkan berlaku bencana banjir yang menyebabkan seramai 12 penduduk terperangkap.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap akibat banjir.

“Semua mangsa kemudiannya dipindahkan ke rumah saudara-mara masing-masing dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan  di sini.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada empat lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Operasi menyelamat membabitkan 10 anggota BBP Tawau dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Vigo serta sebuah bot YAPIEM bagi memudahkan pergerakan di kawasan yang dinaiki air.

Beliau berkata, selepas selesai operasi pemindahan, pasukan bomba meneruskan pemantauan di kawasan yang terjejas bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang selepas semua mangsa berjaya dipindahkan dan tiada lagi situasi kecemasan dikesan di lokasi,” katanya.

LEAVE A RESPONSE