Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Gangguan elektrik: Rakyat diminta bersabar, SE perlu bertindak segera – Hazem

Read Time:1 Minute, 4 Second

SANDAKAN : Rakyat diminta bertenang dan bersabar berikutan gangguan bekalan elektrik yang sedang berlaku ketika ini, namun Sabah Electricity (SE) diharap mengambil tindakan segera bagi menangani masalah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, gangguan bekalan elektrik itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat, termasuk golongan peniaga yang terjejas dengan situasi berkenaan.

“Kita berharap agar rakyat bertenang dan bersabar, tetapi pada masa sama Sabah Electricity perlu mengambil tindakan segera.

“Saya yakin pihak Sabah Electricity tidak akan duduk diam, sebaliknya akan mengambil langkah untuk menangani masalah itu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Hazem

SESB dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, susulan insiden menara penghantaran T313, bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah kini bergantung kepada kapasiti penjanaan setempat yang terhad.

Selaim itu, SE turut memaklumkan bahawa catuan bekalan elektrik dibeberapa kawasan mula dilaksanakan sekitar jam 6 petang tadi.

Hazem berkata, catuan bekalan perlu dilaksanakan secara bergilir bagi membolehkan lebih ramai pengguna menerima bekalan elektrik, selain memastikan sistem kekal stabil dan mengelakkan gangguan lebih serius.

Dalam pada itu, set janakuasa bergerak (genset) turut digerakkan ke lokasi penting seperti hospital, sekolah dan balai polis bagi memastikan perkhidmatan kritikal kepada masyarakat dapat diteruskan.

Sabah Electricity juga terus memanfaatkan semua sumber penjanaan yang tersedia bagi meningkatkan jumlah bekalan elektrik yang dapat disalurkan kepada pengguna.

LEAVE A RESPONSE