Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lima pelajar yang didakwa mencela Zara tiada kaitan keluarga dengan VVIP

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini menedengar bahawa tidak wujud hubungan kekeluargaan antara Pelajar A, B, C, D dan E dengan mana-mana VIP, VVIP atau ahli politik.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung, ketika menjawab soalan daripada peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Fikry: Berdasarkan siasatan tuan, adakah terdapat kewujudan VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E?
Wong: Tidak wujud.

Fikry: Berdasarkan siasatan tuan, adakah tuan menemui sebarang bukti bahawa mana-mana VIP, VVIP atau ahli politik telah memberikan perlindungan, menggunakan pengaruh atau mengambil apa-apa tindakan bagi membantu pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E mengelakkan tindakan undang-undang di dalam kes ini?
Wong: Tiada.

Sementara itu, Koroner Amir Shah Amir Hassan meminta Wong menjelaskan maksud VIP atau VVIP yang peguam nyatakan dalam soalannya.

Wong berkata, mengikut pemahamannya, VIP ialah seseorang seperti pempengaruh media sosial (influencer), tetapi tiada mana-mana pempengaruh yang memberikan tekanan kepadanya atau mendekati saksi-saksi lain iaiatu lima pelajar berkenaan.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak sepanjang siasatan, Wong berkata tekanan yang dialaminya hanya berpunca daripada pengendalian kes berkenaan dan beliau telah berusaha sedaya upaya untuk kekal profesional.

Zara ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang dikenali sebagai Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghina Zara. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding inkues bermula pada 3 September 2025 bagi menentukan punca dan keadaan kematian Zara, termasuk sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

Wong merupakan saksi terakhir dalam inkues ini.

LEAVE A RESPONSE