Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki didakwa edar syabu lebih 1kg

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 1,003 gram.

Mohd Izzat Adam, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maslinda @ Linda Mohd Ainal.

Mengikut pertuduhan, Mohd Izzat didakwa mengedar methamphetamine dengan anggaran berat kasar 1,003 gram di kawasan parkir kereta di belakang premis kedai, Kampung Bingkul, Beaufort, pada 3 April lalu, jam 2.20 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 6 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan, manakala tertuduh diwakili peguam Hairul V Othman.

LEAVE A RESPONSE