Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Reman dua suspek kes bunuh kanak-kanak dilanjut hingga 31 Julai

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Tempoh reman dua suspek yang disiasat berhubung kes pembunuhan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.

Dua suspek terbabit ialah seorang lelaki warga asing tanpa dokumen berusia 39 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) La Paula Abd Muis, memaklumkan perintah reman itu disambung bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Pada 17 Julai lalu, Mahkamah Majistret membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 Julai.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan polis susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan, Nurjilya Abdullah, 10, yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, pada 16 Julai lalu.

LINK BERITA TERDAHULU:

LEAVE A RESPONSE