Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lampu jalan berisiko di Tenom akan diselenggara berperingkat

Read Time:1 Minute, 28 Second

TENOM: Lampu-lampu jalan raya di daerah ini, khususnya di lokasi berisiko, akan diselenggara secara berperingkat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, usaha itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan lampu jalan milik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

Menurutnya, wakil beliau bersama pegawai daripada agensi berkaitan telah turun padang pada Ahad untuk memantau keadaan tiang serta lampu jalan milik Sabah Electricity di sekitar Tenom.

“Kita akan memastikan lampu-lampu jalan raya di Tenom, terutama di kawasan berisiko, diselenggara secara berperingkat supaya keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pemantauan itu diketuai Pegawai Khasnya, Mohd Nizam Ag Kassim yang mewakili beliau bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.42 Melalap.

Turut menyertai pemantauan ialah wakil Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Junaidi Juan; Ketua Sabah Electricity Tenom, Daud; Denesly Justin; Mohd Das; Herryzan; serta Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom, Honeylet Ullap.

Jamawi berkata, pemantauan berkala amat penting bagi mengenal pasti lampu jalan yang rosak atau memerlukan penyelenggaraan segera, khususnya di kawasan yang boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebelum ini pihak UPPM melalui Denesly Justin telah mengadakan kunjungan hormat ke beberapa jabatan berkaitan bagi membincangkan isu lampu jalan di sekitar Tenom.

Katanya, perbincangan itu bertujuan menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik.

“Saya berharap kerjasama erat antara semua pihak dapat diteruskan demi kepentingan rakyat serta pembangunan daerah Tenom,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam memastikan kemudahan awam di daerah itu sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna.

LEAVE A RESPONSE