Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Semangat hijrah mampu bentuk generasi muda berilmu, berintegriti – Tun Musa

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Semangat hijrah perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda Islam sebagai usaha membentuk individu yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta sahsiah diri.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, generasi muda perlu menjadikan semangat hijrah sebagai dorongan untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan, selain memperkukuhkan jati diri serta keperibadian yang baik.

“Generasi muda juga mesti bijak memanfaatkan kemudahan digital untuk tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. 

“Gejala sosial yang merosakkan masa depan serta menjejaskan potensi diri, mesti dijauhi. Dengan berbekalkan semangat hijrah, generasi muda mampu menjadi pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan bertanggungjawab dalam membangunkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah di sini pada Rabu.

Tun Musa berkata, dengan semangat hijrah yang dipandu oleh nilai keimanan, integriti dan ihsan diharap Sabah terus melakar kemajuan yang diberkati Allah SWT serta menjadi negeri yang damai, harmoni dan sejahtera.

“Marilah kita melangkah ke tahun byaharu Hijrah dengan tekad yang baharu, hati yang bersih dan azam yang teguh untuk mencapai kejayaan demi agama, bangsa dan negara.

“Semoga setiap langkah yang kita ambil menjadi satu bentuk hijrah yang membawa manfaat kepada diri, keluarga, ummah dan Negeri Sabah yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, Tun Musa berkata, peristiwa Hijrah juga memberikan pengajaran bahawa kejayaan bukan lahir daripada keselesaan tetapi daripada pengorbanan, kesabaran dan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT.

Menurutnya, semangat hijrah yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW sangat perlu untuk dihidupkan lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran dunia moden yang semakin kompleks.

“Umat Islam mesti berhijrah daripada budaya menyalahkan kepada budaya menyumbang daripada sikap mementingkan diri kepada sikap kebersamaan serta daripada kelemahan ilmu kepada kecemerlangan pengetahuan. 

“Inilah roh hijrah yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

LEAVE A RESPONSE