Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Langkah segera diambil pastikan perkhidmatan Hospital Lahad Datu tidak terjejas – Julita

KOTA KINABALU: Perkhidmatan kesihatan di Hospital Lahad Datu dipastikan tidak terjejas walaupun terdapat kebimbangan mengenai kekurangan Pegawai Perubatan di hospital berkenaan.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki berkata, beliau memahami kebimbangan tersebut dan menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan kesihatan tanpa sebarang gangguan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang mengambil tindakan segera bagi memastikan perkhidmatan kritikal terus beroperasi tanpa menjejaskan keselamatan dan kebajikan pesakit.

“Apa yang penting ketika ini ialah memastikan gangguan kepada perkhidmatan kesihatan dapat diminimumkan, khususnya bagi pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan penjagaan rapi.

“Pada masa yang sama, isu tenaga kerja kesihatan perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia bukan sahaja melibatkan penempatan pegawai, tetapi juga keperluan mengekalkan tenaga kerja berpengalaman di fasiliti yang berdepan tekanan perkhidmatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS bagi memastikan keperluan perkhidmatan kesihatan di Sabah, khususnya di Pantai Timur, terus diberi perhatian dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

LEAVE A RESPONSE