Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

SK Stella Maris raih naib johan keyboard peringkat kebangsaan

KOTA KINABALU: Kumpulan Astra Harmonix Ensemble dari Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris (M) mengharumkan nama Sabah apabila meraih naib johan kategori Yamaha Music Times Keyboard dalam Festival Rancak Seni (FERAS) Peringkat Kebangsaan 2026.

Festival itu berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 19 hingga 21 Oktober.

Kumpulan yang dianggotai 10 murid itu mendapat bimbingan dua guru, Kathleen Ester Sugai dan Angela Ho Su Fun.

Mereka mempersembahkan dua lagu, iaitu ‘Going Up The Stairs, Going Down The Stairs’ dan ‘Bapaku Pulang Dari Kota’, yang berjaya memikat hati juri menerusi keharmonian alunan keyboard serta disiplin persembahan.

Kejayaan itu bukan sahaja membanggakan warga sekolah, malah menyerlahkan bakat murid Sabah dalam bidang muzik di pentas kebangsaan.

Pencapaian Astra Harmonix Ensemble turut menjadi inspirasi kepada murid lain untuk mengembangkan bakat seni menerusi penyertaan dalam kegiatan muzik.

LEAVE A RESPONSE