Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Rakyat perlu penjelasan cadangan pembukaan Konsulat India di Sabah


Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini wajar diberi penjelasan yang jelas mengenai cadangan pembukaan Konsulat India di Sabah bagi memastikan segala persoalan berhubung tujuan dan kepentingannya dapat difahami dengan jelas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Mohamed Razali Razi berkata, penjelasan menyeluruh amat penting agar masyarakat tidak membuat andaian yang boleh menimbulkan salah faham terhadap inisiatif berkenaan.

Beliau berkata, pada prinsipnya sebarang usaha yang berpotensi mengukuhkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara Malaysia dan India harus dinilai secara positif, selagi ia memberi manfaat kepada negeri dan negara.

“Sekiranya ia mampu merancakkan perdagangan, pelaburan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah, maka ia wajar dipertimbangkan.

“Namun rakyat perlu dimaklumkan secara telus tentang rasional pemilihan Sabah sebagai lokasi konsulat,” katanya ketika ditemui media di sini.

Razali berkata, keterbukaan dalam memberi penerangan akan membantu meredakan kebimbangan sesetengah pihak yang mahukan jaminan bahawa kepentingan negeri sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sedang menggerakkan agensi berkaitan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan termasuk Pitas, Kota Marudu, Sandakan dan Paitan.

“Saya difahamkan hari ini agensi sedang dikerahkan untuk membantu. Wakil rakyat di kawasan juga akan terlibat. Ini bencana alam yang tidak dirancang.

“Mungkin satu ujian buat kita semua. Kita perlu bersabar dan yakin kerajaan sedang berusaha membantu,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE