Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Tun Musa berlepas ke Mesir, santuni pelajar Sabah


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berangkat ke Mesir bagi menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir.

Majlis tersebut akan melibatkan 350 pelajar Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di negara berkenaan.

Selain itu, Tun Musa dijadual merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb di Akademi Antarabangsa Al-Azhar Al-Sharif, Mesir.

Pesawat khas yang membawa Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.30 pagi.

Sebelum pelepasan, Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Pangiran Mohd Hanif Awang Omar memimpin bacaan doa.

Hadir mengiringi keberangkatan Tun Musa dan rombongan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan pegawai-pegawai jabatan persekutuan serta negeri.

LEAVE A RESPONSE