Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

20 warga asing didakwa tinggal lebih masa di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 20 warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes penipuan pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan tinggal lebih masa di Sabah.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 37 tahun itu terdiri daripada 19 lelaki warga China dan seorang wanita warga Taiwan.

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, mereka ditahan pada 21 Mei kira-kira jam 10 malam di sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, di sini, selepas didapati tinggal di Sabah melebihi tempoh pas lawatan yang hanya sah antara April hingga Mei.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan pengesahan berhubung cop pada pasport setiap tertuduh.

Tiada jaminan dibenarkan pada prosiding hari ini, manakala permohonan berkaitan perkara itu akan didengar pada tarikh sama.

Kesemua tertuduh diperintahkan terus ditahan sementara menunggu sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan manakala peguam Shahlan Jufri mewakili kesemua tertuduh.

Terdahulu, kesemua 20 tertuduh bersama seorang lagi lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret berhubung kes penipuan pelaburan palsu.

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes.

LEAVE A RESPONSE