Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

YTL Power Antara Penyumbang Program CSR Ramadan Bernama Santuni Petugas Barisan Hadapan HKL

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyantuni petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi Program CSR Ramadan Bernama 2026 dengan mengagihkan 1,200 pek makanan kepada warga hospital berkenaan Minggu lau.

Program tanggungjawab sosial korporat bertemakan “Ikhlas Memberi, Tulus Menghargai” itu turut melibatkan penyaluran bantuan kewangan kepada beberapa petugas hospital yang sedang menjalani rawatan perubatan selain sumbangan kepada inisiatif Gerobok Rezeki HKL bagi membantu pesakit serta individu kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, berkata inisiatif berkenaan mencerminkan penghargaan agensi berita nasional itu terhadap dedikasi petugas kesihatan yang terus berkhidmat menjaga kesejahteraan rakyat.

“HKL dipilih kerana lokasinya yang paling dekat dengan Bernama dan kita menyedari tugas doktor, jururawat serta petugas kesihatan yang sentiasa memerlukan kesegeraan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Jadi pada Ramadan ini kita cuba meringankan sedikit keperluan mereka dalam mencari atau membeli juadah berbuka dengan memberikan sumbangan kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan di Dewan Utama HKL, di sini.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik korporat iaitu Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, YTL Power International Berhad, My Digital ID Sdn Bhd serta Perbadanan Nasional Berhad.

Turut hadir Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair, Naib Presiden Komersial YTL Power International Berhad Dominic Hua, Ketua Jabatan Komunikasi Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd Koh Boon Hui, Pegawai Komersial My Digital ID Sdn Bhd Mohamad Sany Yahaya, Ketua Pegawai Perniagaan Pernas Azizam Ramli serta Pengarah Kolej Komuniti Selayang Ahmad Rizal Omar.

Hadir sama Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson serta pengurusan tertinggi Bernama.

Nur-ul Afida berkata sumbangan kewangan sebanyak RM4,000 itu diharap dapat membantu meringankan beban petugas yang terlibat.

“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik termasuk Kolej Komuniti yang membantu menyediakan juadah pada hari ini,” katanya.

LEAVE A RESPONSE