Read Time:1 Minute, 0 Second
KOTA KINABALU Seorang wanita Sabah yang kini berada dalam keadaan koma di Vietnam dijadualkan pulang ke tanah air bersama suaminya pada 1 Mei ini bagi mendapatkan rawatan lanjut di negeri ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim yang berkata bahawa Puan Ruhana Joseph, 34, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Nhan Dan Gia Dinh, Vietnam, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 6.20 petang bersama suaminya, Encik Jamri bin Herry, 40, serta pasukan perubatan yang mengiringi penerbangan tersebut.
“Bersama kita doakan semoga segala urusan penerbangan dan kepulangan mereka berdua bersama pasukan perubatan ke Sabah dipermudahkan katanya dalam satu hantaran melalui laman facebooknya hari ini.
Sebelum ini, berita mengenai ujian yang menimpa pasangan berkenaan tular dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) untuk segera menyantuni mangsa serta suaminya sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah di luar negara,”
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan panggilan video bersama suami mangsa bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan Ruhana.
Menurutnya, hasil perbincangan itu mendapati mangsa masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi oleh pihak perubatan.






