Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Total Energies berminat mewujudkan kehadiran jangka panjang di Sabah


Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan minat TotalEnergies untuk mewujudkan kehadiran jangka panjang di negeri ini sekali gus memperkukuh kedudukan Sabah dalam sektor tenaga serantau.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah mempunyai potensi penerokaan laut dalam yang besar dan belum diterokai sepenuhnya serta mengalu-alukan rakan kongsi berkeupayaan teknikal untuk membuka potensi sumber berkenaan.

“Sabah berhasrat bekerjasama dengan pelabur bereputasi bagi membawa keupayaan dalam penerokaan laut dalam serta pengeluaran yang cekap dan mampan bagi merealisasikan sepenuhnya potensi huluan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Pengarah Urusan TotalEnergies EP Malaysia, Jerome Saniez di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

TotalEnergies, sebuah syarikat tenaga pelbagai global dari Perancis, merupakan antara lima pemain utama dengan portfolio LNG dan huluan yang kukuh serta berkembang di peringkat global.

Dalam pertemuan itu, Saniez memberi taklimat mengenai operasi Total Energies yang kini terlibat dalam penerokaan ultra laut dalam di perairan Sabah dengan pegangan kepentingan sebanyak 34.9 peratus bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell.

TotalEnergies turut terlibat dalam lima lagi blok di luar pesisir Sabah selain mempunyai kepentingan dalam aset gas luar pesisir utama di Sarawak.

Saniez memberitahu Hajiji bahawa Total Energies yakin Sabah merupakan langkah seterusnya yang kukuh bagi syarikat itu, mengambil kira potensi luar pesisir yang besar, permintaan gas yang semakin meningkat, dasar mesra pelabur serta sokongan padu di peringkat negeri dan Persekutuan.

Turut hadir Pengarah Perundangan Total Energies EP Malaysia, Solpiee Sahmat serta wakil Serantau Dewan Perdagangan dan Industri (CCI) Perancis Malaysia bagi Sabah, Jacques Leizerovici.

LEAVE A RESPONSE