Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Rogol anak tiri, lelaki 57 tahun mengaku salah

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 57 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 November depan untuk pembentangan fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di bilik tidur sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di daerah Sipitang pada 23 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan sekurang-kurangnya dua kali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon tarikh lain ditetapkan bagi pembentangan fakta kes dan hukuman kerana pihak pendakwaan perlu mengemukakan dokumen berkaitan.

Pihak pendakwaan juga membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh atas alasan dia adalah bapa tiri mangsa dan terdapat risiko tertuduh mengganggu saksi atau mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam diperintahkan terus direman sehingga tarikh berkenaan.

LEAVE A RESPONSE