Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pickleball satukan komuniti, pendidik sempena Hari Guru


Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Pendekatan kolaborasi antara komuniti dan warga pendidik terus diperkasa menerusi penganjuran program ‘Gerakan Massa Pickerball Series’ sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, program anjuran PIBKS itu menjadi medium terbaik bagi menghimpunkan pelbagai pihak dalam menyokong pembangunan pendidikan di negeri ini.

Beliau berkata, program berkenaan turut disertai kira-kira 80 peserta melibatkan pengetua, guru besar, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, pejabat pendidikan daerah serta guru-guru dari beberapa daerah termasuk Ranau dan Keningau.

“Program ini bukan sekadar meraikan Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei, tetapi turut menjadi platform menyatukan komuniti dan pendidik dalam suasana santai serta sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu di sini pada Sabtu.

Arif berkata, hubungan erat antara komuniti dan pihak sekolah amat penting dalam memastikan ekosistem pendidikan yang lebih holistik dan berdaya saing.

“Melalui kolaborasi seperti ini, pelbagai idea dan pandangan dapat dikongsi, sekali gus membantu memperkukuh sokongan terhadap pembangunan murid,” katanya.

Menurutnya, penglibatan dalam aktiviti sukan turut menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan mental, sekali gus meningkatkan motivasi dalam kalangan pendidik.

Program tersebut merupakan penganjuran kali kedua selepas siri pertama berjaya dilaksanakan di Kolombong,.

Beliau berkata, program seumpama itu akan diteruskan ke daerah lain bagi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai warga pendidik serta komuniti.

“Langkah ini penting untuk memastikan hubungan antara PIBKS dan sekolah terus kukuh demi masa depan generasi muda,” katanya. – SABAH MEDIA 

LEAVE A RESPONSE