Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah atas dua pertuduhan mendapatkan suapan melalui syarikat milik sepupunya, melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM200,000.
Aldey Kangit, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus pagi tadi.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Seksyen 24(1) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
BERITA LANJUT MENYUSUL…






