Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pelajar Sabah dinobat delegasi terbaik AYIMUN

KOTA KINABALU: Pelajar Sekolah Menengah Maktab Sabah, Alexa Elayndra Adrian Validy, dinobatkan sebagai Delegasi Terbaik pada Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) di Bangkok, Thailand.

Alexa menerima pengiktirafan itu selepas cemerlang mewakili Majlis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada persidangan yang berlangsung dari 26 hingga 29 Jun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan rekod kecemerlangan Alexa di pentas antarabangsa apabila meraih anugerah keempat sepanjang penyertaannya dalam AYIMUN.

Sebelum ini, beliau pernah memenangi anugerah Honourable Mention dan Best Position Paper dalam edisi terdahulu persidangan berkenaan.

“Saya mewakili Majlis WHO dalam perbahasan bertajuk Safeguarding Indigenous Knowledge of Traditional Medicine While Ensuring Scientific Validation.

“Saya berharap lebih ramai peserta dari Sabah akan menyertai program seperti ini dan Sabah akan mempunyai pasukan Model United Nations sendiri pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain menerima sijil dan trofi, Alexa turut dianugerahkan biasiswa untuk menyertai pertandingan AYIMUN yang akan diadakan di Bali, Indonesia, pada tahun ini.

Anugerah Delegasi Terbaik merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada peserta berdasarkan prestasi dalam perbahasan jawatankuasa, diplomasi, kepimpinan dan penggubalan dasar sepanjang persidangan yang berlangsung.

Majlis itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

LEAVE A RESPONSE