Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Maritim Malaysia Rampas Kayu Bergergaji, Dua Suspek Positif Dadah Ditahan – Sabah News





LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu menahan dua lelaki warga Filipina selepas dikesan membawa 35 batang kayu bergergaji di perairan Kunak awal pagi tadi.

Pengarah Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, tangkapan dibuat sekitar 5 pagi di 0.3 batu nautika barat daya Jeti Pangkalan Kunak menerusi OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 4.0.

Vesel berwarna merah itu dikesan dalam keadaan mencurigakan dengan kayu terapung diikat pada bot,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki berusia 51 dan 33 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah, manakala kayu dipercayai dicuri dari Pulau Timbun Mata.

Ujian air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 / Enakmen Hutan Sabah 1968, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi terhadap jenayah pencerobohan sumber hutan dan aktiviti haram di perairan negara.




LEAVE A RESPONSE