Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki tikam isteri dipenjara 5 tahun, 1 sebat


Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menikam isterinya tahun lalu.

Tertuduh, Jasli Majilan, 30, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Jasli telah mencederakan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau dengan cara menikam mangsa di bahagian rusuk sebelah kiri di sebuah bilik sewa di Jalan Padang Merdeka pada 15 Disember 2025.

Jasli mengaku mencederakan mangsa dengan menikam menggunakan sebilah pisau di bahagian rusuk kiri pada 15 Disember 2025, di sebuah bilik sewa di Jalan Padang Merdeka, dekat sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, pengadu menerima makluman mengenai adik tirinya yang ditikam di bahagian perut oleh tertuduh.

Laporan polis kemudian dibuat sebelum siasatan lanjut mendapati tertuduh dan mangsa merupakan suami isteri yang berkahwin secara ‘adat kampung’ namun perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di mana-mana Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan mengalami luka tikaman pada bahagian kiri sisi dinding dada serta kecederaan ringan pada paru-paru.

Semasa rayuan, Jasli yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan memaklumkan bahawa beliau mempunyai tujuh orang anak yang perlu ditanggung.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir pula memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana penggunaan senjata berbahaya, serangan pada bahagian tubuh yang sensitif, serta perbuatan ganas yang menunjukkan keseriusan kesalahan.

Beliau menegaskan tindakan tertuduh turut berisiko tinggi mengancam nyawa mangsa.

Tambahnya, kesalahan tersebut bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, tetapi juga trauma psikologi kepada mangsa termasuk rasa takut dan tekanan emosi yang berpanjangan.

LEAVE A RESPONSE