Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

KPDN Semporna terima dua kes rampasan petrol lebih RM55,000


SEMPORNA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerima dua kes serahan melibatkan rampasan barang kawalan yang melibatkan minyak petrol disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kes serahan itu melibatkan nilai rampasan melebihi RM55,000.

“Kes pertama hasil tangkapan Batalion N22 Pasukan Gerakan Am Kunak melibatkan tangkapan seorang individu di kawasan Jeti Kayu Jalan Kastam Semporna.

‘Ia melibatkan rampasan bot laju, enjin sangkut serta 175 liter minyak disyaki petrol dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM50,747.25,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Selain itu, kes serahan itu turut melibatkan hasil tangkapan Pasukan Polis Marin Semporna yang merupakan rampasan tanpa tuan di sebuah rumah atas air di Kampung Srijaya yang melibatkan 1,175 liter minyak disyaki petrol dengan nilai anggaran RM5,017.25.

KPDN Semporna akan terus komited dalam membanteras penyelewengan barang kawalan bagi memastikan bekalan sampai kepada golongan sasaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui saluran rasmi KPDN.

LEAVE A RESPONSE