Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

KM Hadiri Sambutan Aidilfitri PBS, Eratkan Ukhuwah GRS – Sabah News

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berlangsung di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS, serta Presiden PBS, Datuk Maximus Ongkili bersama barisan kepimpinan kanan parti dan komponen GRS.

Sambutan Aidilfitri itu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh muhibah, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta kerjasama erat dalam kalangan parti-parti gabungan GRS.

Selain menikmati juadah Aidilfitri, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan gambus dan nyanyian, persembahan khas, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan tersebut.

Majlis berkenaan dilihat sebagai platform penting dalam mengukuhkan silaturahim serta mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat, selaras dengan semangat Aidilfitri yang menekankan nilai kebersamaan dan keharmonian.

LEAVE A RESPONSE