Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

ISN Pilih Himalaya Sports Sebagai Rakan Strategik Korporat – Sabah News

BUKIT JALIL: Institut Sukan Negara (ISN) memilih Himalaya Sports sebagai Rakan Strategik Korporat dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan serta mempromosikan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerjasama yang dimeterai menerusi rangka kerja Perkongsian Awam-Swasta (PPP) itu turut bertujuan memperluaskan penglibatan sektor korporat dalam menyokong program pembangunan sukan negara serta inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti sukan dan masyarakat.

Pengarah Urusan Himalaya Sports, Datuk Kenny Low berkata, pemilihan syarikat itu sebagai Rakan Strategik Korporat ISN merupakan satu pengiktirafan yang signifikan terhadap komitmen syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pengguna.

Beliau berkata, pengendorsan yang diberikan oleh ISN menjadi pemangkin kepada syarikat untuk terus meningkatkan mutu produk serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan negara.

“Kehadiran logo ISN pada pembungkusan Himalaya Sports mencerminkan keyakinan institusi itu terhadap kualiti dan keselamatan produk yang dihasilkan,” katanya dalam kenyataan sempena majlis pengumuman kerjasama berkenaan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, Himalaya Sports yang diperkenalkan pada 2017 kini dipasarkan di lebih 10 negara dan terus mengembangkan kehadirannya di pasaran antarabangsa.

Katanya, syarikat itu turut komited menyokong pelbagai program komuniti, pembangunan akar umbi, pendidikan sukan dan inisiatif yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan aspirasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Melalui kerjasama tersebut, Himalaya Sports akan menyokong pelbagai program dan aktiviti anjuran ISN termasuk hari terbuka, seminar, program pendidikan sukan serta aktiviti pembangunan komuniti.

Sementara itu, Low berkata pihaknya melihat kerjasama bersama ISN sebagai hubungan strategik jangka panjang yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain membuka peluang kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berkaitan pembangunan sukan dan gaya hidup aktif.

Majlis pengumuman kerjasama itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, dan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan, ISN serta wakil industri.

LEAVE A RESPONSE