Read Time:1 Minute, 12 Second
SIPITANG: Ketua Bahagian Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob, semalam mempengerusikan mesyuarat pertama Bahagian Penaja Gagasan Rakyat Sipitang yang berlangsung di Quang Square, di sini.
Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada beberapa perkara berkaitan gerak kerja, penyelarasan organisasi serta perancangan aktiviti bahagian dalam usaha memperkukuh peranan parti di peringkat Parlimen Sipitang.
Dr Yusof berkata, penyelarasan yang baik di peringkat bahagian amat penting bagi memastikan setiap perancangan dan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan serta mengambil kira kepentingan masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama semua kepimpinan dan anggota jawatankuasa bahagian dalam memastikan jentera parti sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik.
Mesyuarat itu juga menjadi platform untuk memperincikan pembahagian tugas serta menyelaras perancangan bagi pelaksanaan agenda dan aktiviti parti di kawasan Parlimen Sipitang.
Langkah berkenaan dilihat penting dalam memastikan Bahagian Penaja Gagasan Rakyat Sipitang dapat membentuk organisasi yang lebih tersusun serta mempunyai gerak kerja yang jelas dalam mendekati masyarakat dan menyampaikan agenda parti.
Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mazlan@Joehari Manan; Naib Ketua Bahagian, Datuk Ir. Mustapa Kassim; Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Pergerakan Pemuda, Agku Zaidi Pg Waharious; Ketua Pergerakan Beliawanis, Nurfasiha Masri; Ketua Penerangan, Muanam Majato; Setiausaha Bahagian, Alfred@Dannil Stanley; serta Bendahari Bahagian, Lee Chun Kuang.
Mesyuarat tersebut turut membincangkan beberapa perkara berkaitan hala tuju, pengurusan organisasi dan perancangan aktiviti Bahagian Penaja Gagasan Rakyat Sipitang bagi memastikan agenda serta program parti dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.






