Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DUN Sabah: Tiada sekolah daif di Sabah, hanya bangunan daif – James


KOTA KINABALU: Tiada sekolah daif di Sabah, sebaliknya yang dikenal pasti adalah bangunan daif, kata Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib.

Beliau berkata, bagi tahun 2025, jumlah peruntukan untuk bangunan daif skala 6 adalah sebanyak RM11.55 juta yang melibatkan 13 buah sekolah dalam status pembinaan.

“Setakat 28 April 2026, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah menerima RM94.7 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini.

Manakala bagi skala 7 pada tahun 2026, ia melibatkan 20 buah sekolah bernilai RM 1.47 Billion.

Menurut James, faktor geografi Sabah terutama di kawasan pedalaman dan kepulauan memberi cabaran dari segi kos, logistik dan tempoh pelaksanaan.

“Justeru, pendekatan yang diambil oleh Kementerian dan JPNS adalah secara berfasa dan bersasar.

“Bagi kemudahan asas, kementerian saya dan JPNS berusaha memberikan kemudahan asas yang terbaik untuk keselesaan murid dan warga sekolah.

“Kemudahan capaian internet juga akan dipertingkatkan bagi menyokong proses pembelajaran,” katanya.

LEAVE A RESPONSE