Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Dua persatuan jalin kerjasama dengan Sedcovest perkasa usahawan wanita

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Dua pertubuhan yang mewakili golongan wanita dan pemeliharaan warisan budaya etnik Tobilung mengadakan kunjungan hormat baru-baru ini ke atas Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn. Bhd., Datuk Redonah Bahanda.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan peluang kerjasama dalam memperkasa wanita menerusi keusahawanan serta pembangunan kemahiran.

Kunjungan itu melibatkan Persatuan Wanita Tobilung Kota Marudu (Konduan Tobilung) yang diketuai Pengerusinya, Rusiah Salintap, bersama Setiausaha,
Christina Saidi, serta rombongan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) Langkon yang diketuai Pengetuanya, Timis Sambadi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, khususnya di kawasan luar bandar.

Redonah berkata, Sedcovest komited membantu melahirkan lebih ramai usahawan wanita menerusi pelbagai kursus, latihan kemahiran, bimbingan perniagaan dan program pembangunan kapasiti yang dianjurkan syarikat.

“Wanita mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga dan negeri. Justeru, mereka perlu diberi peluang, pendedahan serta latihan berterusan agar mampu mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau turut menyambut baik cadangan kerjasama dengan Persatuan Wanita Tobilung Kota Marudu dan SAANS Langkon bagi menganjurkan program latihan keusahawanan, pembangunan produk tempatan serta usaha memelihara warisan budaya etnik Tobilung.

Menurutnya, gabungan nilai budaya dan keusahawanan mampu membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat, di samping memastikan warisan masyarakat terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Sementara itu, kedua-dua rombongan merakamkan penghargaan kepada Redonah atas kesediaan menerima kunjungan hormat tersebut dan berharap kerjasama yang dirancang dapat direalisasikan menerusi pelbagai program yang memberi manfaat kepada wanita serta komuniti di Sabah.

LEAVE A RESPONSE