Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DBKK roboh 166 setinggan haram bersebelahan Kampung Bandulan

KOTA KINABALU: Sebanyak 166 buah struktur setinggan haram berjaya dirobohkan dalam satu operasi perobohan di kawasan setinggan bersebelahan Kampung Bandulan di sini baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang dijalankan itu seiring dengan komitmen bagi menangani isu pencerobohan tanah kerajaan dan pembinaan struktur haram di sekitar bandar raya.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 46 orang anggota daripada pelbagai agensi, iaitu Jabatan Penguatkuasaan, DBKK; Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP).

DBKK melalui Bahagian Perobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan, DBKK sebelum ini telah menjalankan bancian di kawasan berkenaan dan mengenal pasti sebanyak 166 buah rumah yang dibina secara haram.

Kesemua struktur tersebut kemudiannya diberikan Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Hasil operasi perobohan yang dijalankan pada 16 hingga 17 Julai lalu, kesemua 166 buah struktur setinggan haram telah berjaya dirobohkan.

“DBKK akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan susulan di kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada struktur haram baharu didirikan, sekali gus memastikan kawasan tersebut kekal bebas daripada penempatan setinggan haram,” menurut kenyataan itu di sini.

LEAVE A RESPONSE