Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Calon SPM perlu kekal fokus, yakin hadapi peperiksaan

KOTA KINABALU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Sabah diingatkan supaya memanfaatkan segala persediaan yang dilakukan sebelum ini dengan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menduduki peperiksaan bertulis yang bermula Isnin ini.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, calon perlu bijak mengurus masa dan memberikan perhatian kepada setiap soalan bagi memastikan mereka dapat menjawab dengan sebaik-baiknya.

Beliau berkata, calon juga perlu mengekalkan keyakinan diri serta tidak mudah berputus asa apabila berhadapan soalan yang mencabar.

Menurutnya, persediaan rapi yang dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran perlu diterjemahkan melalui usaha bersungguh-sungguh ketika menjawab setiap kertas peperiksaan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan calon supaya menjaga kesihatan fizikal dan emosi agar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang tempoh peperiksaan.

Katanya, ketenangan fikiran dan semangat yang tinggi turut penting bagi membantu calon menghadapi setiap kertas peperiksaan dengan lebih yakin.

Beliau berharap semua calon SPM 2026 diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan.

“Percayalah kepada kemampuan diri. Jawab setiap soalan dengan tenang, manfaatkan masa sebaik-baiknya dan jangan mudah berputus asa,” katanya dalam kenyataan sempena peperiksaan SPM 2026.

LEAVE A RESPONSE