Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bapa diseru luang lebih masa berkualiti bersama anak

Read Time:1 Minute, 25 Second

PENAMPANG: Ibu bapa, khususnya golongan bapa, diseru meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak kerana kehadiran mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan emosi dan pembentukan sahsiah anak.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata peranan seorang bapa bukan sekadar sebagai penyedia nafkah, sebaliknya turut menjadi pembimbing, pelindung dan teladan dalam membentuk nilai, disiplin serta keyakinan diri anak-anak.

Menurutnya, kasih sayang seorang bapa sering dizahirkan melalui pengorbanan, usaha dan tanggungjawab terhadap keluarga walaupun tidak semestinya diungkapkan secara lisan.

“Ambillah peluang untuk hadir dalam kehidupan anak-anak, bukan sahaja sebagai penyedia keperluan material, malah sebagai sumber sokongan emosi, pembimbing dan inspirasi setiap hari.

“Anak-anak akan mencontohi apa yang mereka lihat. Jika kita mahukan generasi yang berakhlak, berdisiplin dan berdaya tahan, perubahan itu perlu bermula daripada ibu bapa sendiri,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sabah 2026 bertemakan ‘Sehebat Kasih Bapa’, di sini, pada Jumaat.

Beliau turut menggalakkan golongan bapa supaya saling memberi sokongan antara satu sama lain dalam menghadapi cabaran kehidupan dan keibubapaan agar dapat terus membimbing serta memimpin keluarga dengan lebih baik.

Julita berkata, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bagi memperkukuh institusi kekeluargaan menerusi pelbagai program pendidikan kekeluargaan, pembangunan komuniti dan sokongan kepada ibu bapa.

“Saya berharap tema ‘Sehebat Kasih Bapa’ menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk terus menghargai pengorbanan seorang bapa serta mengiktiraf peranan mereka dalam membina keluarga yang bahagia dan sejahtera,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN, Dato Abdul Shukur Abdullah; Pengarah LPPKN Sabah, Shahriah Saharom; Timbalan Setiausaha Tetap KWKKR, Henry Idol; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, Haslina Ismail.

LEAVE A RESPONSE