Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Hubungan strategik alumni UiTM Sabah dengan kerajaan, GLC diperkukuh

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Hubungan strategik antara Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah dengan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat perlu terus diperkukuh bagi membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada alumni serta institusi pendidikan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penglibatan persatuan bersama pihak berkenaan menjadi platform untuk mempererat hubungan strategik, selain menghimpunkan alumni menerusi pelbagai program.

“Jaringan kerjasama seperti itu berpotensi membuka peluang kolaborasi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada alumni, tetapi juga kepada warga UiTM dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Golf Amal Prihatin Alumni UiTM Sabah 2026 yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-25 persatuan berkenaan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin.

Masidi yang juga penaung dan antara pengasas awal persatuan itu berkata, beliau berbangga melihat persatuan berkenaan terus berkembang serta kekal aktif selepas 25 tahun penubuhannya.

Menurutnya, hubungan baik tidak semestinya dibina dalam bilik mesyuarat, sebaliknya boleh dipupuk melalui pertemuan santai, perbualan mesra dan persahabatan yang berasaskan saling menghormati.

“Matlamat asal penubuhan persatuan itu adalah untuk memastikan hubungan sesama alumni tidak terputus selepas meninggalkan kampus, sebaliknya terus dipelihara melalui semangat persahabatan dan kebersamaan,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan inisiatif Back to Campus yang menggalakkan alumni kembali menyumbang kepada alma mater, termasuk membantu pelajar kurang berkemampuan serta menyokong pembangunan prasarana kampus.

“Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan kepada kehidupan serta masa depan seseorang pelajar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap generasi alumni lebih muda dapat tampil membawa idea baharu serta meneruskan semangat persahabatan dan sumbangan bagi memastikan persatuan itu terus kukuh pada masa hadapan.

Sambutan ulang tahun ke-25 persatuan tahun ini membawa tema “25 Years of Connecting Alumni, Building Relationships and Giving Back.”

LEAVE A RESPONSE