Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Victor Sanjos terima tugas Pesuruhjaya Polis Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Datuk Victor Sanjos secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah daripada Datuk Jauteh Dikun menerusi Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pemakaian pangkat Komisioner Polis kepada Victor yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Penyerahan tugas itu disempurnakan menerusi upacara menandatangani dokumen serah terima tugas, penyerahan simbolik dokumen serta tongkat kuasa dengan disaksikan Abdul Aziz.

Majlis sama turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah antara Datin Nurhayatie Farhana Abdullah dan Datin Ellen Ansie Nicholas Ansie.

Upacara berkenaan disaksikan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim, menerusi penandatanganan dokumen dan penyerahan simbolik tugas.

Dalam majlis itu, Jauteh menyampaikan ucapan sebagai mantan Pesuruhjaya Polis Sabah sebelum diteruskan dengan ucapan Victor selaku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Majlis turut diserikan dengan amanat oleh Abdul Aziz yang hadir menyaksikan kedua-dua acara serah terima tugas berkenaan.

Victor sebelum ini memegang jawatan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebelum mengambil alih kepimpinan Polis Kontinjen Sabah.

Peralihan kepimpinan itu menandakan kesinambungan tanggungjawab Polis Sabah dalam memperkukuh aspek keselamatan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan undang-undang di negeri ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri barisan pegawai kanan polis serta ahli PERKEP Kontinjen Sabah.

LEAVE A RESPONSE