Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sabah FC sasar kekal lima terbaik Liga Super

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menyasarkan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya kedudukan kelima dalam carta Liga Super sehingga tamat baki lima perlawanan pusingan pertama musim ini.

Penolong Ketua Jurulatih Sabah FC, Alto Linus, berkata sasaran itu perlu dicapai menerusi kerja keras dan peningkatan prestasi pemain bagi memastikan pasukan terus konsisten dalam perlawanan akan datang.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan berkenaan, namun menegaskan pemain perlu terus berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya mahu mencapai sasaran ditetapkan.

“Selepas perlawanan malam ini, saya rasa ada lima perlawanan lagi, terutama sekali dalam pusingan pertama. Objektif utama pasukan adalah untuk kekal sekurang-kurangnya di tangga kelima teratas sebelum habis pusingan pertama ini.

“Tetapi, seperti yang kita ceritakan tadi, banyak yang perlu kita perbaiki. Bukan senang untuk konsisten, banyak kerja rumah harus kita buat kalau mahu mencapai sasaran itu dan kita perlu bekerja keras lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sabah FC menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Menurut Alto, pihaknya akan melakukan analisis terhadap persembahan pemain dalam perlawanan berkenaan bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki serta aspek permainan yang boleh dipertingkatkan.

Katanya, perkara yang berjaya dilakukan dengan baik perlu dikekalkan dan ditambah baik bagi memastikan pasukan dapat memberikan persembahan lebih seimbang dalam aksi seterusnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kemenangan ke atas TFC sebagai keputusan positif, sekali gus membolehkan Sabah FC mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri.

Sabah FC meraih kemenangan menerusi jaringan Enrique Lopez Fernandez pada minit ke-19 sebelum Gonzalo Ignacio Di Renzo menggandakan kelebihan lima minit kemudian.

LEAVE A RESPONSE