Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Idrus antara empat dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

KOTA KINABALU: Mantan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, antara empat individu dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) berkuat kuasa hari ini.

Tiga lagi individu yang dilantik ialah mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Dr Hartini Saripan bagi penggal kedua, dan mantan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Mariati Robert.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha SPK hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pelantikan itu mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2026 hingga 31 Oktober 2028,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SPK turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Sri Talat Mahmood Abdul Rashid atas perkhidmatan serta sumbangan beliau sepanjang menjadi anggota suruhanjaya berkenaan.

LEAVE A RESPONSE