Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Keputusan inkues bagi menentukan punca dan keadaan kematian Zara Qairina Mahathir dijangka diumumkan pada 15 Januari tahun depan.
Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh berkenaan selepas berbincang dengan semua pihak yang terlibat dalam prosiding inkues itu.
Beliau turut menetapkan sebelum atau 15 Disember ini sebagai tarikh untuk semua pihak memfailkan penghujahan bertulis masing-masing.
Prosiding inkues itu selesai pada Rabu selepas berlangsung selama 96 hari, lebih setahun sejak ia bermula pada 3 September 2025.
BERITA LANJUT MENYUSUL…





