Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Mengamuk di perumahan pekerja, lelaki warga asing ditahan

Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mengamuk dan mengganggu ketenteraman di kawasan perumahan pekerja sebuah ladang di Merotai Kecil di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis Rosdi Mat Jusoh berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu selepas pengadu menerima aduan daripada pekerja ladang berhubung seorang lelaki yang mengamuk dan melontar batu ke arah kawasan perumahan pekerja.

“Suspek turut dipercayai sering melakukan gangguan di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan rasa takut dan kebimbangan dalam kalangan pekerja serta keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota Balai Polis Bombalai bersama anggota Polis Bantuan kemudian menahan suspek berusia kira-kira 48 tahun di pondok taman permainan di kawasan perumahan pekerja Ladang Merotai Kecil.

Siasatan awal turut mendapati lelaki itu berada di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan serta siasatan lanjut. Tiada sebarang rampasan direkodkan dalam tangkapan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Polis menyeru orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan, menimbulkan ketakutan atau mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang kejadian mencurigakan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang hendaklah segera dilaporkan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

LEAVE A RESPONSE