Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tujuh warga Pakistan dihukum penjara, denda kerana tinggal lebih masa

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Tujuh lelaki warga Pakistan dihukum oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di Sabah antara satu hingga tujuh tahun.

Mereka adalah Kamran Shah, Muhammad Umar, Zaman Muhammad, Sabir Shah, Ihsan Ullah, Rahman Abdur dan Sajad Ali.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Kamran dan Muhammad, manakala lima tertuduh lain masing-masing didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua mereka dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan selanjutnya selepas selesai menjalani hukuman.

Dalam prosiding sama, enam lagi warga asing turut dihukum atas kesalahan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka terdiri daripada seorang lelaki warga Filipina, seorang lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki warga Pakistan.

Lelaki Filipina dan Indonesia itu masing-masing dihukum penjara empat bulan dari tarikh tangkap, manakala tiga warga Pakistan masing-masing didenda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Imigresen Kamrul Md Yusof.

LEAVE A RESPONSE