Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Inkues Zara: Mahkamah Koroner dijangka lawat lokasi sekolah 5 Oktober

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner menetapkan 5 Oktober ini untuk mengadakan sesi locus in quo iaitu lawatan ke lokasi kejadian berkaitan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan bersama semua pihak yang terbabit dalam prosiding inkues kematian Zara dijangka berada di lokasi pada jam 10 pagi.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, memohon supaya saksi kanak-kanak turut hadir ketika lawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Shahlan menjelaskan permohonan itu bukan membabitkan semua saksi kanak-kanak, sebaliknya hanya mereka yang berkaitan.

“Kami akan cuba sedaya upaya mengemukakan nama mereka satu persatu, tetapi jika memerlukan lebih masa, kami akan berbuat demikian selewat-lewatnya Isnin,” katanya.

Koroner turut memaklumkan semua pihak bahawa tiada prosiding mahkamah terbuka akan diadakan selepas lawatan locus in quo berkenaan.

Prosiding inkues akan bersambung pada keesokan harinya, 6 Oktober.

Zara, 13, ditemukan di bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 dan meninggal dunia di hospital pada keesokan harinya.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos 2025 sebelum bedah siasat dilakukan pada 10 Ogos di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang diberi nama samaran Pelajar A, B, C, D dan E didakwa menggunakan kata-kata menghina terhadap Zara.

LEAVE A RESPONSE