Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

PM tiba hadiri mesyuarat MTPMA63 hari ini

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pagi ini, bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Ketibaan beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mesyuarat dijadualkan bermula jam 8.30 pagi itu turut dihadiri menteri-menteri Persekutuan dan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta wakil agensi berkaitan kerajaan.

MTPMA63 merupakan platform penting bagi membincangkan serta memantau pelaksanaan perkara-perkara berkaitan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

LEAVE A RESPONSE