Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kualiti udara Sabah merosot, enam kawasan catat IPU tidak sihat

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kualiti udara di Sabah terus mencatat bacaan tidak sihat apabila Sandakan menjadi kawasan terbaharu merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 8 pagi pada Rabu.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), stesen pemantau IPU Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merekodkan bacaan tertinggi iaitu 185, diikuti Kota Kinabalu dengan 179 dan Kimanis sebanyak 175.

Keningau pula mencatat mencatat bacaan IPU 174, manakala stesen Sandakan merekodkan bacaan 152 dan Tawau merekodkan bacaan 120.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Keadaan berkenaan menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan utama Sabah masih kurang baik, sekali gus memerlukan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya golongan berisiko.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan sekiranya tidak diperlukan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara daripada sumber rasmi.

Peningkatan pencemaran udara juga boleh memberi kesan kepada individu yang sensitif terhadap pencemaran, terutama mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Orang ramai disaran terus memantau perubahan bacaan IPU dari semasa ke semasa berikutan keadaan kualiti udara boleh berubah mengikut faktor cuaca dan keadaan setempat.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kota Kinabalu bermula 1 September.

PKOB itu diaktifkan di Bilik Mesyuarat Tingkat 1 Bangunan DBKK yang beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Orang awam boleh menghubungi talian operasi menerusi 088-210011 dan 088-239681.– SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE