Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bapa didakwa rogol anak jalani pemerhatian mental, layak dibicarakan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 46 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya disahkan layak dibicarakan selepas menjalani pemerhatian mental di Hospital Mesra Bukit Padang.

Perkara itu dimaklumkan pihak pendakwaan kepada Mahkamah Sesyen ketika mengemukakan Laporan penilaian psikiatri tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan semua dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada tertuduh dan seramai tujuh saksi akan dipanggil semasa perbicaraan.

Lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun pada jam 7 malam, 22 November 2024 di sebuah rumah di Sembulan, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diperintahkan untuk terus direman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga akan mendapatkan perkembangan mengenai status pelantikan peguam tertuduh pada tarikh sebutan akan datang.

LEAVE A RESPONSE