Read Time:3 Minute, 36 Second
PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil langkah tegas untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta memperketat prosedur saringan kesihatan dan latar belakang juruterbang berikutan insiden penahanan seorang pembantu juruterbang warga tempatan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Menurut beliau, beberapa langkah penambahbaikan segera telah dikenal pasti untuk dilaksanakan, termasuk menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan kawalan Keselamatan Penerbangan (Aviation Security – AVSEC) di lapangan terbang.
”Pada waktu ini, pasukan yang menguruskan kawalan keselamatan tersebut adalah terdiri daripada polis bantuan. Justeru, keperluan menempatkan anggota PDRM dilihat penting bagi memperkemas tahap keselamatan.
”Selain itu, pihak Malaysia Airlines Group (MAG) juga diminta menyemak semula protokol saringan latar belakang dan saringan kesihatan bagi para juruterbang serta pembantu juruterbang (co-pilot) dengan mengambil kira insiden yang berlaku,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, pada Rabu.
Fahmi menambah, pihak PDRM bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) turut diminta meneliti pelbagai aspek keselamatan yang berisiko disalahgunakan, termasuk kelompangan (loopholes) sedia ada.
”Langkah ini penting bagi memastikan sebarang kelompangan sistem kawalan keselamatan dapat ditutup dan diuruskan dengan segera,” jelas beliau.
Tindakan drastik kerajaan ini menyusul selepas timbul kemelut keselamatan penerbangan membabitkan seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 29 Julai lalu.
Suspek yang mengendalikan penerbangan MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta ditahan sejurus mendarat selepas petugas Direktorat Jeneral Kastam dan Eksais Indonesia mengesan bungkusan mencurigakan di dalam bagasunya.
Hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan kira-kira 25 kilogram dadah jenis ekstasi (MDMA) membabitkan lebih 70,000 pil serta sejumlah dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis kokain dan metamfetamin ketika menerbangkan pesawat berkenaan.
Ekoran insiden itu, Bukit Aman telah menghantar pasukan penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke Indonesia bagi membantu siasatan dan mengesan kemungkinan wujudnya pembabitan ‘orang dalam’ atau sindiket penyeludupan dadah rentas sempadan yang mengeksploitasi laluan penerbangan komersial.
Kawalan Keselamatan KLIA Dipertingkat, Saringan Latar Belakang Juruterbang Diperketatkan