Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

JPPS bertindak segera selesai isu ‘Manhole’ tersumbat di Sandakan

SANDAKAN: Masalah bau busuk dan limpahan air kumbahan di sekitar Pasar Bandar Ramai-Ramai dan Bangunan Blok O yang menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai berjaya diselesaikan hasil tindakan pantas Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS).

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, George Hiew Vun Zin, berkata tindakan segera JPPS membersihkan ‘manhole’ tersumbat sejurus selepas dimaklumkan membuktikan keprihatinan jabatan itu terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

“Terima kasih kepada JPPS kerana cepat bertindak. Setiap kali masalah ini berlaku, mereka tidak tunggu lama — terus turun padang dan selesaikan,” katanya.

Menurut Hiew, langkah pantas itu bukan sahaja menyelesaikan masalah kebersihan tetapi juga berjaya memulihkan imej pasar yang menjadi lokasi utama penduduk dan pelancong mendapatkan barangan segar.

Beliau turut mengingatkan bahawa kebersihan jangka panjang bergantung kepada kesedaran bersama, bukan hanya pada peranan pihak berkuasa semata-mata.

“Semua kena main peranan dalam memastikan persekitaran yang bersih dan selesa. Elak membuang sampah ke dalam longkang atau saluran kumbahan supaya masalah ini tidak berulang,” tegasnya.

Tambah beliau, Pasukan Petugas Karamunting akan terus memantau keadaan di kawasan pasar bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa terpelihara.

LEAVE A RESPONSE