Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

44 warga asing ditahan, termasuk lelaki warga Itali

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seramai 44 warga asing, termasuk seorang lelaki warga Itali, ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Di Kota Kinabalu, Ops Ajar dan Ops Gegar memeriksa 13 individu sebelum menahan empat warga asing. Tangkapan membabitkan seorang lelaki dewasa warga Itali dan tiga perempuan dewasa warga China.

Di Tawau pula, Ops Selera dan Ops Sapu memeriksa 97 individu sebelum menahan 34 warga asing.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa warga Filipina, serta 11 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia.

Sementara itu, di Keningau, Ops Jaja dan Ops Kutip memeriksa 69 individu sebelum menahan enam warga asing.

Tangkapan membabitkan dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan warga Filipina, serta dua perempuan dewasa warga Indonesia.

JIM Sabah dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

LEAVE A RESPONSE