Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tham sambut baik pelan pemulihan Likas Waterfront, gesa sistem pembetungan lengkap

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook menyambut baik pelan pemulihan Likas Waterfront yang dilaksanakan menerusi kerjasama SEDCO, Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), namun menggesa aspek sistem pembetungan diberi perhatian bagi mengelakkan pencemaran Teluk Likas.

Beliau berkata, usaha menaik taraf Anjung Selera dan Anjung Perdana sempena Tahun Melawat Sabah 2027 itu selaras dengan cadangannya di Dewan Undangan Negeri sebelum ini supaya kerajaan memperbanyakkan produk serta tarikan pelancongan di kawasan Likas.

Menurutnya, Likas mempunyai lokasi strategik, pemandangan teluk yang menarik dan kemudahan yang baik, sekali gus berpotensi menjadi antara destinasi pelancongan utama di Kota Kinabalu serta memberi manfaat kepada peniaga tempatan dan perusahaan kecil serta sederhana.

“Bagaimanapun, pembangunan ini mesti disertakan dengan sistem pembetungan dan kemudahan rawatan kumbahan yang mencukupi supaya tidak berlaku pencemaran di Teluk Likas.

“Kita tidak mahu projek yang kelihatan cantik tetapi akhirnya mencemarkan laut dan alam sekitar. Pembangunan, pelancongan dan kelestarian alam sekitar mesti bergerak seiring,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tham turut menggesa pihak berkaitan mendapatkan pandangan penduduk serta peniaga tempatan selain mendedahkan perincian pelaksanaan projek bagi memastikan ketelusan dan manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Saya menyokong pembangunan ini, namun pada masa sama mahu memastikan Likas Waterfront dibangunkan secara mampan demi kepentingan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

LEAVE A RESPONSE