Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Inkues Zara: Konflik biasa ibu-anak tidak boleh dilihat secara terasing

Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Konflik biasa antara ibu dan anak tidak boleh dilihat secara terasing untuk menyimpulkan bahawa ia menjadi pencetus dominan kepada kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Kaunselor Berdaftar, Dr Noor Aishah Rosli menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.

“Dalam penilaian saya, konflik biasa antara ibu dan anak, teguran, leteran, atau catatan emosi tertentu tidak boleh dilihat secara terasing untuk menyimpulkan bahawa hubungan Zara dengan ibunya adalah faktor utama atau pencetus dominan kepada kematian Zara.

“Sekiranya terdapat catatan yang mengandungi kemarahan atau makian terhadap ibu, kewujudan catatan tersebut secara bersendirian tidak mencukupi untuk menyokong kesimpulan bahawa Zara mempunyai keinginan untuk membunuh diri atau bahawa beliau mengalami tekanan yang signifikan berpunca daripada hubungan dengan ibunya,” kata saksi ke-76 itu.

Beliau berkata, dalam Psychological Autopsy, penilaian risiko bunuh diri perlu dibuat berdasarkan integrasi pelbagai sumber data yang konsisten, termasuk sejarah kesihatan mental, perubahan tingkah laku yang ketara, komunikasi berkaitan kematian, niat membunuh diri, faktor tekanan signifikan, faktor perlindungan, hubungan sosial serta bukti sokongan lain.

“Dalam kes Zara, maklumat mengenai hubungan harian, komunikasi telefon, pemerhatian saksi, sejarah perkembangan, dan interaksi ibu-anak secara keseluruhan tidak memberikan sokongan yang kukuh kepada hipotesis bahawa hubungan Zara dengan ibunya merupakan faktor utama atau pencetus dominan kepada Tindakan menamatkan nyawa sendiri,” katanya.

Beliau berkata, penilaiannya turut mendapati hubungan Zara dengan ibunya adalah rapat, mesra, penuh kasih sayang dan berfungsi sebagai sumber sokongan emosi utama kepada remaja itu.

Katanya, transkrip perbualan telefon menunjukkan pola komunikasi yang ceria dan mesra, dengan Zara sering berkongsi rutin harian, pengalaman di asrama, masalah yang dihadapi, perkembangan akademik serta perkara peribadi bersama ibunya.

Menurutnya, dalam banyak perbualan, kedua-duanya turut menggunakan ungkapan kasih sayang seperti “sayang”, “rindu” dan “I love you”, sekali gus menunjukkan kelekatan emosi yang kuat antara ibu dan anak.

Pada April 2 lalu, pakar psikiatri forensik Dr Chua Sze Hung, 43, mendedahkan hasil autopsi psikologi merumuskan cara kematian Zara Qairina Mahathir adalah paling konsisten dengan mengakhiri nyawa sendiri (suicide).

Dalam keterangannya, Chua antara lain menyatakan catatan diari menggambarkan kesakitan psikologi yang nyata.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokan harinya.

Saksi akan menyambung keterangannya esok.

LEAVE A RESPONSE