Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

33 Kakitangan BCV Sertai Kursus Mandarin Tingkat Komunikasi Pelancong China – Sabah News





PAPAR: Seramai 33 kakitangan Borneo Cultural Village (BCV) menyertai kursus Bahasa Mandarin selama 28 hari di sini, dengan tajaan Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah.

Program kendalian AMC University College itu bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi kakitangan, khususnya dalam berinteraksi dengan pelancong dari China yang merupakan antara kumpulan pelawat utama ke destinasi berkenaan.

Kursus berkenaan memberi penekanan kepada penguasaan asas bahasa Mandarin termasuk kemahiran bertutur, mendengar serta penggunaan frasa harian dalam sektor pelancongan dan hospitaliti.

Majoriti peserta terdiri daripada anak tempatan sekitar Papar dan kawasan berhampiran, selaras usaha memperkasakan modal insan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pelancongan.

Inisiatif itu juga dilihat mampu meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan, sekali gus menyokong pembangunan sektor pelancongan negeri melalui peningkatan kemahiran bahasa dan komunikasi.




LEAVE A RESPONSE