Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga asing.
Tertuduh, Moh Al Freadzmer, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Hussain.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa, yang merupakan pemegang dokumen IMM13, di kawasan parkir Stadium Likas antara jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 22 Jun lalu.
Pertuduhan turut menyatakan bahawa tertuduh telah mencederakan mangsa ketika melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.






