Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

PSPN 2026-2030 perkukuh kerjasama tentera dan masyarakat di Kuala Penyu


Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA PENYU: Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) melaksanakan Program Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 Peringkat 5 Divisyen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Kuala Penyu, di sini, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Komander Artileri 5 Divisyen, Kolonel Hizamuddin Haris.

Pelaksanaan program berkenaan memfokuskan kepada Teras 4 PSPN 2026–2030 iaitu Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera atau Civil-Military Cooperation (CIMIC) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan serta tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform mempererat hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan masyarakat setempat menerusi pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) seperti digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31.

Program terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang pelaksanaannya.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk pameran ketenteraan, promosi Askar Wataniah, persembahan pancaragam, demonstrasi tempur tanpa senjata, Jualan MADANI serta pelbagai aktiviti lain yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi TDM.

Antara objektif utama program itu ialah menyokong pelaksanaan PSPN 2026–2030 peringkat Kementerian Pertahanan, meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab TDM ketika aman serta memperkukuh hubungan antara pihak tentera dan masyarakat awam, khususnya di kawasan pedalaman dan sempadan negara.

Program itu juga menjadi medium pelaksanaan inisiatif WoGoS bersama pelbagai agensi kerajaan dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan dan pertahanan negara secara menyeluruh.

LEAVE A RESPONSE