Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kg Apin-Apin


KENINGAU: Lima rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Apin-Apin, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.06 pagi itu turut menyebabkan sebuah kedai runcit terbakar 50 peratus serta sebuah rumah separuh kekal rosak 60 peratus.

Pasukan bomba sedang memadam api di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi selepas menempuh jarak 18 kilometer.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Selverinus Sixtus Geoffrey bersama 10 anggota.

Kebakaran turut memusnahkan enam kenderaan, iaitu dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Persona serta empat motosikal, yang semuanya terbakar sepenuhnya.

Api berjaya dikawal pada jam 8.02 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.

LEAVE A RESPONSE